Tuesday, July 10, 2012

TINTA KASIH BERSEMI

Abang….. Walau mungkin kita tidak terlalu lama menunggu masa, Tiada apa untukku hairankan, Kerana kita telah terlalu lama hidup dalam kecewa. Andai ini memang jodoh yang ALLAH SWT berikan untuk kita, Ku menerimamu dengan seikhlas hati dan sepenuh jiwa. Sebagaimana aku menerimamu seadanya, Terimalah ku jua sepenuh jiwamu, Agar mampu kita beriringan di tasik cinta, Bergandingan putera puteri bersama, Menuju mahligai kita….. Maha besar engkau ya ALLAH yang telah mempertemukan dua jiwa, Ada dapat kami bentuk untuk menjadi satu hati, Untuk kami bajai dan melaksana amanah yang di beri, Membesarkan putera puteri dalam kesederhanaan yang hakiki, Agar terpahat kesan di sanubari, Semoga kasih sayang anak anak terus di bajai, Untuk bersatu sebagai adik beradik abadi, Membesar di bawah satu bumbung, Berkasih sayang umpama sedarah, Semoga sentosa selagi hayat di kandung badan. Abang….. Anak anakmu bagai anak anakku, Anak anakku adalah anak anakmu jua. Usah lukai rasa mereka, Kerana hatiku juga akan terhiris sama. Haruslah kita bijak mengimbangi, Agar terang jalan di bentang, Semoga terhindar segala yang terlarang, Insyaallah kita mampu hidup dalam….. Kasih sayang suci yang padu, Berpaut pada KEBERKATAN mu YA RABB…..

No comments: