Sunday, February 28, 2010

Jiwaku Di Puput Bayu

Sayangku manja,
Usah berikan mama renungan berbisa itu,
Jangan lemparkan mama pandangan kecewamu,
Mama mengerti sayang,
Namun apakan daya,
Kita ini tidak berupaya,
Siapalah yang akan mempertahankan kita?
Kerana kita bukan tanggungjawab dia sayang.

Usah kau sebut sebut namanya,
Kerana hatinya bukan milik kita,
Jangan kau ulang ulang bertanya,
Kerana kau bukan anaknya!

Biarlah sayang,
ALLAH SWT itu lebih mengerti...
Lagi pula, bukankah mama sentiasa ada untukmu...

Zu 'De Mafia Mom

Saturday, February 27, 2010

............

Sekian lama aku tidak menulis dan tidak mencoretkan apa apa di sini. Bukan tanda aku sudah lupa, jauh sekali sebagai tanda aku sudah bahagia. Kebahagiaan yang tergambar, walau hanya sejengkal cuma, tapi hakikat beribu baru jaraknya.

Aku sudah tidak tegar untuk berharap dan bermenung. Aku sudah tidak tegar untuk menghirup manisnya janji. Sudah acapkali hatiku terluka olehmu dalam sedar mahupun tidak. Apakah aku hanya sebuah boneka?

Kasih yang ku hulur, seakan tidak berharga kini. Sayang yang ku beri mungkin sudah tidak bererti lagi. Lalu apakah erti kewujudan aku kini?

Saturday, February 13, 2010

Malam Ini

Malam ini sama seperti malam malam yang terdahulu.
Malam yang sepi, sayu dan sendu.
Aku masih juga di sini.
Menghirup kelatnya gelap malam.
Menyusuri jalan jalan berliku yang malap dan kosong.
Sekosong hati nuraniku kala ini.
Dan sekosong malam tanpa bintang!

Aku.....
Aku masih lagi berdiri di sini.
Tanpa tujuan yang pasti!

Zu 'De Mafia Mom