Saturday, December 22, 2007

Mak.....

Mak.....
Mak.....
Ampuni aku mak
Ampuni dosa dosaku pada mak
Lihatlah aku mak
Kebahagiaan tidak lekat padaku
Kesengsaraan pula tidak mahu lekang
Aku di ulit kepahitan hidup
Aku di bayangi duka nestapa
Aku di selimuti kekecewaan
Aku di henyak gelora sengketa

Mak.....
Andai masa bisa ku putar
Izinkan aku kembali ke dalam rahimmu
Kerana di sana.....
Bahagia ku temu
Kerana di sana.....
Nasibku terjamin
Kerana di sana.....
Aku tahu
Mak akan menjaga dan membelaiku
Aku tahu
Aku akan selamat dan aman di sana

Namun
Apa yang terpancar kini?
Penderitaanku
Kekecewaanku
Kesengsaraanku
Dan kedukaanku
Semuanya silih berganti
Di celah celah onak dan duri

Mak.....
Aku terkesima

Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk............

Zu 'De Mafia Mom

Tuesday, September 18, 2007

11 Tahun Yang Berlalu

11 tahun berlalu sia sia
11 tahun aku di belenggu masalah
11 tahun aku tidak tenteram
11 tahun aku membuang masa

Apakah ini pemutus segala?
Apakah ini noktahnya?

Abang
Tatkala aku kebingungan
Di manakah abang?
Tatkala aku di himpit keresahan
Di manakah abang?
Tatkala mataku bengkak menangis
Di manakah abang?

Pernahkah abang sika airmataku?
Pernahkah abang memeluk dan mententeramkanku?
Pernahkah abang ungkapkan aku bernilai di matamu?
Pernahkah abang nyatakan kewujudan aku?

Ya, memang abang pernah mengungkapkan
Bahawa tidak ada orang lain yang
Menyayangi aku sepertimu
Tapi! Bilakah itu bang?
Itu hanya sekali terngiang ke telingaku
Iaitu 9 tahun dulu!
Dan ianya hanya sekali bang!

Abang sebenarnya tidak memerlukan aku
Abang sebenarnya tegar kehilangan aku
Abang sebenarnya tidak mendambakan aku
Abang sebenarnya tidak lagi kasih kepadaku
Abang sebenarnya tidak tulus mencintai aku
Abang sebenarnya tidak mahu memberikan hak ku

ABANG!!!!!
Tahukah abang bahawa aku sentiasa menyayangimu bang
Tahukah abang bahawa aku masih tetap mencintaimu bang
Tahukah abang aku derita di perlakukanmu bang
Tahukah abang aku sengsara dan merintih di kalbuku bang

Abang
Aku sebenarnya masih tidak ingin kehilanganmu
Aku sebenarnya masih ada perasaan sayang padamu
Aku sebenarnya masih ada perasaan belas padamu
Aku sebenarnya masih diriku 11 tahun dulu
Aku sebenarnya masih isterimu yang abang lafazkan
Akad nikah 11 tahun yang lalu
Aku sebenarnya tidak boleh hidup tanpamu
Kerana seluruh jiwaku telah ku semadikan bersama kasih kita

Namun bang
Kehadiran Ramadhan Al-Mubarak kali ini
Mungkin akan menyaksikan kasih kita hilang kekebalannya
Mungkin akan menyaksikan keruntuhan mahligai yang kita bina
Mungkin akan menyaksikan haluan kita yang berbeza
Yang terbelah menjadi dua

Abang
Aku ini bagaimana bang?
Aku ini jahat sangat kah bang?
Aku ini perempuan sundal kah bang?
Sehingga abang tegar memperlakukan kasihku begini
Sehingga abang tegar untuk tidak mempedulikan aku

Abang
Seandainya kepercayaan yang ku berikan padamu
Abang rekah rekahkan
Seandainya kasih sayang yang ku berikan padamu
Abang sia sia kan
Seandainya keikhlasan yang ku berikan padamu
Abang siat siatkan
Maka aku tegar abang melepaskan aku bang
Walau ku tahu aku akan menderita
Walau ku tahu aku akan merana
Mungkin dengan cara ini
Abang akan lebih berjaya
Mungkin dengan cara ini
Abang akan berjumpa seseorang yang
Lebih mulia
Dan lebih segala dari diriku ini bang

ABANG!!!!!
Andai abang ingin pergi
Pergilah bang
Usah abang menoleh lagi
Doaku
Moga abang sentiasa terpelihara
Semoga abang akan dapat meraih kasih yang abang dambakan
Semoga abang akan dapat mengecap kebahagiaan yang abang cari
Selama ini

Aku?
Biarkan aku bersama putera putera kita
Kerana mereka adalah nadi hidupku dari dulu, kini dan selamanya
Abang juga tahu
Aku akan jadi gila jika tanpa mereka
Aku akan mati tanpa mereka

Pergilah bang
Pergilah abang dengan tenang
Abang tahu aku dan anak anakmu disini
Kami sudah tidak akan menantimu bang
Tapi andai abang rindukan anak anakmu bang
Jenguklah mereka walau sekali

Assalamualaikum bang!

Zu ‘De Mafia Mom

Thursday, August 30, 2007

Sayangku Manja Tido Ke?



Sayangku manja
Walau dikau berdua
Berputar putaran
Berpusing pusingan
Namun mama mengerti
Tidomu anak
Tetap nyenyak
Tetap indah
Di sulami igauan di mulutmu
Di sulami jeritan tangismu

Sayangku manja
Setiap kali mama menatap
Lingkaran tido kasihmu ini
Setiap kali itu mama tersenyum
Setiap kali itu mama terpegun
Kerana
Paten apa yang anakanda tido ini?
Adakah ini paten tido masa kini?

Eqeqeqeqeqeq
Hanya anakanda berdua saja yang bisa mengerti
SELAMAT MALAM ANAKANDAKU SAYANG
Tidolah dalam lena yang panjang
Esok bangun kaki jangan terajang terajang

Mamamu
Zu 'De Mafia Mom

Wednesday, August 29, 2007

Monday, August 27, 2007

Maafkan Mama Sayang!

Anak…
Hanya dikau yang mengerti
Betapa pilu dan sengsaranya mama
Betapa mama tahu dikau juga begitu

Anak…
Maafkan mama
Kerana mama tidak mampu mengubah nasibmu
Walau di sisi yang lain
Mama mampu berikan dikau kemewahan
Mama mampu berikan dikau hampir semua yang kau mahukan

Namun…
Mama gagal berikan dikau sebuah keluarga
Namun…
Percayalah sayang
Andai orang lain mampu mengharungi hidup ini
Mengapa tidak KITA?

Di ambang kemerdekaan Negara kita
Yang ke 50 tahun ini
Apa yang ada untuk kita?
Siapa yang ada untuk kita?
Usah dikau gelisah
Usah dikau gundah
Andai ini yang harus kita tempuh
Mama berjanji
KITA AKAN TEMPUHINYA BERSAMA
Hingga ke akhirnya…

Demi mu anak!

Zu ‘De Mafia Mom

Sunday, August 5, 2007

Saat Dan Ketika Ini

Saat dan ketika ini
Angin sepoi sepoi bahasa
Saat dan ketika ini
Jiwaku meruntun dan meronta

Saat dan ketika ini
Aku merenung jauh di danau hati
Saat dan ketika ini
Aku bergelut dengan jatidiri

Saat dan ketika ini
Tatkala aku terus terusan bermenung
Tatkala aku terus terusan bermuram durja
Tatkala aku terus hanyut di lembayung kekecewaan
Tatkala aku pasrah dan terlonglai layu

Saat dan ketika ini
Aku lantas mengimbas kembali
Sisa sisa kenangan lama
Yang semakin jauh pergi
Yang tak mungkin berulang kembali

Saat dan ketika ini
Aku sudah tidak berdaya
Samada nak mengubat duka lara
Atau sekadar membiarkan saja

Saat dan ketika ini
Aku sudah tidak mampu tersenyum
Aku sudah tidak mampu membina impian
Aku sudah tidak mampu mengejar pelangi
Aku sudah tidak mampu membohongi diri

Saat dan ketika ini
Aku bingung
Aku buntu
Aku terkedu
Aku sendu

Saat dan ketika ini
Aku sedih
Jiwaku menghiris
Semangatku terguris
Hatiku kosong persis

Saat dan ketika ini
Doaku hanya satu
Agar ku mampu berdiri
Untuk mengharungi semua

Zu ‘De Mafia Mom

Monday, July 30, 2007

Andai Kasih Dan Kepercayaan Di Khianati

Andai kasih dan kepercayaan di khianati
Jiwa menjadi resah
Perasaan menjadi parah

Andai kasih dan kepercayaan di khianati
Hati tidak keruan
Nadi tidak sehaluan

Andai kasih dan kepercayaan di khianati
Hidup menjadi tidak bererti
Kasih sayang menjadi tidak di hargai

Andai kasih dan kepercayaan di khianati
Aku menjadi benci
Usah kau menghampiri!!!!!

Andai kasih dan kepercayaan di khianati
Aku menjadi pelarian sepi
Merantau di dalam diri
Mencari kasih dan menanti
Kebahagiaan yang tak pernah menghampiri

Akhirnya aku LEMAS sendiri di sini.....

Zu 'De Mafia Mom

Wednesday, May 23, 2007

...8978

Di waktu itu.....
Tatkala aku merenungmu
Untuk kesekian kali
Ada nada resah membibit
Ada rasa kecewa menghimpit

Di waktu itu.....
Senyumku menjadi tawar
Pandanganku semakin menjauh
Maafkan aku sayang
Kerana tidak mempamit lambaian terakhir
Sekadar melihatmu semakin pergi
Tanpa menyentuhmu
Tanpa ungkapan manis
Tanpa kata kata sayang
Kau akhirnya hilang terus dari sisiku
Dikau akhirnya pergi takkan kembali

Namun.....
Setelah kau menghilang
Aku terduduk lesu
Haruskah aku menangisi pemergianmu?
Tegarnya aku

Kini.....
Kau menjadi hak milik orang lain
Ku lihat mereka memandumu sayang
Ku lihat mereka menaikki mu manja
Maafkan aku kasih
Kerana terpaksa berpisah denganmu
Namun percayalah.....
Baktimu masih ku kenang!

Selamat tinggal kereta ku.....

Zu 'De Mafia Mom

Tuesday, May 15, 2007

Siapakah Aku Di Hatimu?

Resah membibit lagi
Semalam, hari ini dan esok
Mungkinkah serupa?

Lantas membuatkan benakku bersuara
Di manakah aku di matamu?
Siapakah aku di hatimu?

Terasa aku semakin kerdil
Semakin tiada bermaya dan berharga
Bagai boneka yang lusuh ditelan masa
Bagai barangan yang tiada bernilai
Hanya sekadar perhiasan sugul di pintu rumah yang usang

Puas sudah pipiku basah
Dek airmata yang gugur
Puas sudah hatiku membisik
Namun tak ku temui tanda jawapannya
Mungkinkah esok kan ku noktahkan semua?
Mungkinkah esok bahagia mengetuk pintu?
Atau mungkinkah esok kasih sayang datang bertamu?

Zu ‘De Mafia Mom

NILAI DIRIKU?????

Airmata yang gugur adalah nafasku
Airmata yang gugur adalah lelahku dan
Airmata yang gugur adalah perasaanku

Tak ku peduli badai yang menghampiri
Tak ku peduli onak yang berliku dan
Tak ku peduli tajamnya kerikil di perjalanan

Apa yang ku cari
Adalah sebuah kejujuran
Sebuah keikhlasan dan
Sekalung kasih sayang

Namun…..
Lihatlah apa yang ku miliki
Lihatlah apa yang ku perolehi
Lihatlah apa yang ku raih ini
Tak ubah seperti api di dalam sekam!
MEMBAKAR DIRI!…

Zu 'De Mafia Mom

Abang Sayang

Abang Sayang
Dikejauhan yang semakin menghampiri
Aku diulit resah yang berpanjangan
Semalam yang berlalu ku renungi
Luka yang terbit ku jejaki
Sesungguhnya kasih sayang kita semakin jauh

Abang Sayang
Usah kau kesali pada takdir
Jangan kau marahkan pada keadaan

Akurlah bang
Sesungguhnya kita tidak mampu memutarkan masa
Sesungguhnya kita tidak mampu toleh kebelakang

Andai abang rasa sakit di hati
Hati ku ini lagi sakit bang
Andai abang rasa luka di jiwa
Aku ini lebih lagi lukanya bang
Bila ku renung potret perkahwinan kita
Terasa bahang membakar jiwa
Bila ku renung potret perkahwinan kita
Terasa betapa abang telah mensia-siakan aku
Mensia-siakan kasih dan sayangku
Juga segala pengorbananku

Kini
Abang hampir pulang
Abang ingin tagih kembali kasihku
Aku ini lantas bagaimana bang?
??????????????

Zu 'De Mafia Mom

Abang.....

Abangku sayang…..
Indahnya cahaya bulan itu
Inginku gapai tangan tak sampai
Inginku peluk hatiku remuk
Inginku terbang tinggi abang
Seperti unggas-unggas berterbangan
Namun helaian sayapku
Gugur satu persatu
Hajatku tidak kesampaian

Abangku sayang…..
Telahku terokai laluan paling sukar
Telahku belai derita yang lara
Telahku pamerkan ketabahan seorang srikandi
Telahku rasai sebuah daerah kegagalan yang nyata
Kita kah itu?…..

Abangku sayang…..
Air sungai itu persis airmataku
Yang tidak pernah berhenti mengalir abang

Abangku sayang…..
Apabila impian menjadi hancur
Apabila harapan menjadi lebur
Segalanya bercelaru bertambah pilu
Ku sika butir-butir jernih dikelopak mataku
Ku kuatkan semangat
Ku bulatkan tekad
…..Aku harus tabah
Harus jadi gigih
Harus jadi kuat

…..Walaupun…..
Hatiku berkata
“KUATKAH AKU?”…..
“MAMPUKAH AKU?”…..
Tapi hakikat sebuah kehidupan mesti diteruskan jua
Demi ANAK-ANAK…..
Kerana mereka darahku masih mengalir ditubuh
Kerana mereka aku bangkit berdiri
Kerana mereka aku kentalkan semangat
Kerana mereka aku tulikan telinga
Kerana mereka aku butakan mata
Demi mencari sesuap nasi yang halal
Demi putera-puteraku

Zu 'De Mafia Mom

Danish Hakim



Adik.....
Hari ini adik genap satu tahun sayang
Mama lihat adik semakin bijak
Senyum mu dik, penawar segala duka mama
Tawa mu sayang, pengubat rindu abang

Adik.....
Setiap kali mama pulang dari kerja
Adik menanti mama penuh setia
Berkejaran ke pintu tatkala mama pulang
Menyambut mama dengan senyuman dan lirikan adik

Adik sayang.....
Sesungguhnya adik masih terlalu kecil
Untuk mengerti erti sebuah kehidupan
Namun walau adik hanya ada mama dan abang
Adik akan kami tatang
Adik akan kami sayang
Sepenuh jiwa, sekuat tenaga

Adik sayang....
Cepatlaa besar dik
Membesar dengan kasih sayang kami
Yang tulus mulus untuk adik
Hanya untuk adik
Hanya untuk adik
HANYA UNTUK ADIK!!!!!.....

Zu 'De Mafia Mom

Adilkah.....

Adilkah…..
Dia sentiasa menang
Aku? Sentiasa kalah

Adilkah…..
Dia sentiasa senang
Aku? Sentiasa susah

Adilkah…..
Dia sentiasa dapat yang terbaik
Aku? Sentiasa terbalik

Adilkah…..
Dia sentiasa dipuja
Aku? Sentiasa tercabar

Adilkah…..
Dia sentiasa diselubungi sinar
Aku? Sentiasa menyuluh walaupun didalam terang

Adilkah…..
Adilkah…..
Adilkah…..

Inikah rupanya dunia
Penuh dengan pancaroba
Aku? Haruskah aku mengalah
Hanya kerana sentiasa dibayangi oleh dia?
Rupanya, airmataku tidak berharga
Pengorbananku tidak apa apa cuma
Tatkala hidupku hampir tinggal sisa
Apa yang aku ada?

Ya tuhan
Berikan aku kekuatan
Berikan aku ketabahan
Berikan aku kebahagiaan
Agar jalanku lebih bererti
Agar jalanku lebih bermakna
Akan ku harungi jalanku ini
Akan ku harungi setiap yang mendatang
Semoga hari ini menjanjikan perubahan
Semoga hari ini menjanjikan perubahan
Semoga hari ini menjanjikan perubahan
Amin ya rabbil allamin

Zu 'De Mafia Mom

Amirul Hakim




Amirul Hakim.....
Hadirmu membawa seribu pengertian
Hadirmu membawa sejuta harapan

Amirul Hakim.....
Mama dan papa membina impian
Mama dan papa berkongsi pengorbanan

Anak.....
Kasihnya kami umpama mentari
Menyinari dan terus menyinari
Hanya akan berhenti
Apabila mati ditelan bumi.....
Apabila dirimu dewasa nanti
Usahlah lekas alpa akan diri
Restu mama dan papa sentiasa mengiringi
Untukmu anak yang kami kasihi

Anak.....
Nilaimu tidak terkira
Segunung berlian bukan umpama
Redup matamu memanah rasa
Bahkan bergalang ganti nyawa pun tidak mengapa
Asalkan dirimu dilimpahi rahmat dari yang maha ESA
Itulah harapan kami berdua
Semoga anakanda AMIRUL HAKIM.....
Hidup dalam redha 'NYA'
Amin.....

Zu 'De Mafia Mom

Malam Makin Kelabu Dan Wa Makin Tangkap Haru




Wa.....
Wa tangkap kelabu
Segalanya bercelaru, keliru, pilu
Bertambah haru
Wa musafir dipentas kehidupan
Yang melakonkan watak wa

Tapi!
Wa tangkap bisu kehilangan dialog

Lantas....
Sumbanglah jadinya rentak laku
Wa tangkap gelabah tidak menentu
Kusut fikiran hanya tuhan yang tahu

Mereka....
Menonton wa
Mentertawakan musafir tangkap bisu ini
Ketawalah! Ketawalah sepuasnya!
Jika ianya berjaya mencolek hati kalian
Tetapi wa akan tetap
Meneruskan perjalanan
Watak wa
Hingga kepenghujung
Cerita
Sehingga semua bangku dikosongkan!

Untuk kalian yang masih lena didalam hilaian ketawa
Ketawalah!
Ketawalah wahai penonton-penonton setia
Ketawalah didalam kesilapan diri sendiri
Ketawalah! Dan
Wa angkat pot
Tangkap ketawa bersama-sama kalian
Untuk memastikan
Dan menyedarkan
Bahawa!
Kalian yang sebenarnya ditangkap tawakan!!!
.....

Cerita belum selesai
Watak wa belum tamat.....
.......................................

Zu 'De Mafia Mom

Mimpi?

Tatkala ini
Aku duduk termangu
Pandanganku kosong
Renunganku jauh melambai
Punah segala harapan
Dan impian.....

Suatu ketika dahulu
Ketika perjalananku masih punya tapak
Aku menapak penuh kebanggaan
Penuh keazaman
Penuh tekad....

Kini ku kehilangan punca
Harapan dan cita-cita
Yang suatu ketika dahulu
Adalah nadi perjalanan hidupku
Aku kembali mencongak-congak hari
Kembali menghitung nasib
Kembali mendambarkan hak
Maruah
Harga diri dan
Untung rugi

Esok.....
Tiada kepastian
Setelah hari semalam menjanjikan kehampaan
Kedukaan dan kegagalan

Seharusnya esok
Ku tebus segala kesalahan
Dan kesilapan
SEMOGA TERTERA SINAR KEJAYAAN.....

Zu 'De Mafia Mom

Di Kejauhan Ini

Dikejauhan ini…….
Aku termenung dijendela
Merenung kepulan-kepulan awan
Yang berarak pergi…..

Abang…..
Kasihku padamu tidak pernah pudar
Dan tidak pernah ternoda
Tidak ku gentar badai melanda
Tidak ku gusar apa-apa

Tetapi abang….
Secara tiba-tiba
Ku lihat langit menjadi mendung
Kepulan-kepulan awan yang putih telah hilang

Ya Allah abang…..
Mengapa langit menjadi kelam
Sekelam-kelamnya abang….
Abanggggggg…..
Dimana dikau abang
Aku takut bang
Aku gusar bang
Aku sunyi bang
Ku toleh ke kiri…..
ku toleh ke kanan…..
…..Dikau tiada…..

Ku laungkan namamu bang
Ku mencarimu melata
Tapi tak ku jumpa…..
Terasa dunia seakan hilang serinya

Abang…..
Andai abang intai isihati ku
Nescaya abang hanya akan jumpa
Kasihku padamu semata
Tidak pernah terbagi dua
Andai abang kerling ke danau fikiranku
Nescaya abang hanya akan jumpa
Ingatanku hanya padamu

Sesungguhnya kini
Aku derita tanpamu abang

Zu 'De Mafia Mom

Kasih Kita

Arghh! Hati kecilku merintih
Apa lagi yang tidak kena?
Kenapa pula rasa tidak selesa?
Sedangkan hari hari yang berlalu sama sahaja
Aku toleh ke kanan
Ku lihat anak harapanku
Terbongkang tidur dalam lena yang panjang
Ku toleh ke kiri
Ku lihat anak kecilku
Sedang asyik dibuai mimpi
Ku renung wajah wajah comel mereka
Apa lagi yang aku mahukan?
Apa lagi yang aku dambakan?
Bukankah mereka yang aku inginkan?
Bukankah mereka yang aku perlukan?

Aku kembali tenang
Kembali tersenyum di malam yang pekat
Ku rebahkan kepala dibantal
Ku rapatkan mata
Mencari mimpi mimpi semalam
Biar hanya bertandang di dalam lena
Biar hanya bertandang di dalam mimpiku
Biar hanya bayangan abang sahaja yang hadir
Aku tetap bahagia
Bahagia kerana kasihmu bang
Walau hakikatnya
Hanya semangat abang yang ku rasa
Sedangkan jasad abang di sana

Walau impian tidak akan pernah terlaksana
Walau harapan hanya akan tinggal harapan
Walau kita tidak mungkin bersatu
Walau jiwa kita tidak mungkin bertaut
Aku masih disini
Aku tetap menyayangimu bang
Menyayangimu sepenuh jiwa

Zu 'De Mafia Mom

Kasihanilah Aku Dan Mereka

Pagi yang indah ini
Aku masih duduk termangu
Fikiranku terganggu
Jantungku berdengup kencang
Naluriku bercelaru

Ku hela nafas yang panjang
Namun terasa nafasku pendek
Hingga aku tergapai gapai
Seolah ketidak cukupan udara

Aku beristifar
Ku urut dadaku yang berombak
Ku sapukan berserta airmata yang luruh
Hatiku menjerit dan meronta
Terkedu sendirian aku
Puasku fikirkan
Puasku renungkan
Namun masih tidak bertemu jawapan
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa?
Haruskah aku terus terusan merintih
Rintihan yang tidak pernah surut
Andai langkahku masih punya tapak
Akanku melangkah penuh semangat
Tapi langkahku semakin pudar
Langkahku semakin lemah
Semakin hanyut ditelan masa
Saban hari semakin longlai
Aku tidak berdaya lagi
Tolonglah aku
Bantulah aku
Aku hilang arah dan punca
Aku terus terusan gelisah
Gelisah memikirkan hidup kita
Kasihanilah aku
Kasihanilah putera putera kita

Andai aku punya wang
Akanku bina sebuah mahligai dihujung dunia
Akanku bawa mereka pergi
Akanku asingkan mereka dari dunia nyata
Yang penuh dengan kepura puraan
Yang penuh onak duri dan ranjau
Yang penuh dengan kepalsuan

Ku berikan mereka setulus kasihku
Ku berikan mereka impian yang baru
Ku berikan mereka sebuah harapan setinggi langit
Yang tidak pernah tumbang atau kecundang
Yang tidak pernah tercalar atau terluka
Biarkan saja semangatku yang punah
Biarkan saja hatiku yang musnah
Biarkan saja harapanku yang binasa
Biarkan saja diriku yang malang

Zu 'De Mafia Mom

Mercu Tanda Kasih Kita

Abang sayang
Genap 10 tahun kita bersama
Melayari lautan kasih
Menempuh gelora asmara
Memintal buih buih kemesraan

Aku masih di sini bang
Masih bersama abang
Di alam nyata mahupun fantasi

Aku masih merinduimu bang
Masih dahagakan belaianmu abang
Di alam nyata mahupun fantasi

Aku masih memerlukanmu bang
Masih mendambakan kasihmu abang
Di alam nyata mahupun fantasi

Aku masih menyayangimu bang
Masih ingin berada di dalam dakapanmu abang
Di alam nyata mahupun fantasi

Abang sayang
Selamat ulang tahun perkahwinan kita
Yang ke 10 tahun

Zu 'De Mafia Mom

16 July 2006

Sayangku
Usah dikau duka nestapa
Usah dikau resah tanpa bicara
Usah dikau termenung di jendela

Manjaku
Selagi hayat mama dikandung badan
Selagi kudrat mama masih dapat bertahan
Akan mama berikan padamu walau di ufuk selatan

Kasihku
Bila tirai malam hampir berlabuh pergi
Bila kita berdua berpandangan penuh erti
Bila kita berpelukan dan airmata mengiringi
Ketahuilah olehmu kasihku
Sebagaimana janji mama dulu
Selautan kasih bukan umpama
Kasih sayangku padamu AMIRUL HAKIM sepenuh jiwa
Selamat malam nyawaku
SELAMAT HARI LAHIRMU yang ke 9 tahun
Agar anak teruna harapan mama
Diberkati, dilindungi dan diredhai oleh ALLAH S.W.T. yang maha ESA
Amin amin ya rabbil al'amin

Zu 'De Mafia Mom

Bulan Al-Mubarak

Di Bulan Al-Mubarak ini.....
Ku panjatkan kesyukuran
Kerana
Aku masih kuat berdiri
Masih berupaya bekerja
Untuk memuliakan anak anakku
Dengan baju baju baru juga kuih muih seadanya

Di Bulan Al-Mubarak ini…..
Ku panjatkan kesyukuran
Kerana
Aku masih lagi menghirup udara
Di bumi ALLAH ini

Di Bulan Al-Mubarak ini…..
Ku panjatkan kesyukuran
Kerana
Aku masih ada keluarga
Untuk ku bersahur bersama
Berbuka puasa bersama
Dengan gelak tawa
Dan senyum lebar

Di Bulan Al-Mubarak ini…..
Aku panjatkan kesyukuran
Kerana
Restu dan redhamu ya ALLAH
Maka aku
Insan yang kecil lagi kerdil ini
Masih bisa menapak

Di Bulan Al-Mubarak ini…..
Aku… masih lagi berharap
Dan menggantung harapan
Seperti tahun tahun yang lalu
Mengharapkan Di Bulan Al-Mubarak ini
Ikatan silaturahim antara kita semakin kukuh
Semakin utuh…..
"SELAMAT BERPUASA SAHABAT"

Zu ‘De Mafia Mom