Wednesday, August 13, 2008

Tirai Malam

Mak
Tatkala malam melabuhkan tirainya
Pasti rinduku mengundang

Mak
Pabila rinduku mengundang
Aku menghela nafas yang panjang
Aku kecewa mak!
Aku sengsara mak!
Batinku meronta setiap masa
Agar lolos dari sandiwara dunia
Yang penuh kepura-puraan
Yang penuh cerekarama
Dan pelakon-pelakon tambahan

Namun mak
Aku masih di sini
Masih tetap setia menanti!

Zu 'De Mafia Mom

Tuesday, August 5, 2008

Sayangku 9489





Hampir 4 bulan yang lalu
Tercatit sebuah memori indah
Sebuah memori yang tidak akan pudar
Walau di mamah seribu tahun
Sebuah memori yang tidak akan pudar
Walau di terjah unggun api di cerun

Hampir 4 bulan yang lalu
Kesedihan yang menusuk
Atas pemergian 8978
Di payungi pula oleh 9489

Keasyikkan warnamu
Menambat hatiku
Keaslian lenggukmu
Membuai jiwaku
Keanggunan bentukmu
Menakluk diriku
Mencernakan egoisku
Aku terpana melihatmu
Cantik, anggun dan bergaya

Itulah kasihku 9489

Berjanjilah padaku sayang
Bahawa kau tidak akan pergi meninggalkanku
Tetaplah di sampingku
Sehingga ke akhirnya

Zu ‘De Mafia Mom

Mengapa Tiada Akhirnya?

Ya ALLAH tuhan semesta alam
Hambamu disini mengharap simpatiMU
Hambamu disini mengharap keredhaanMU

Bantula aku ya ALLAH ya RABBI
Pulihkanlah semangatku
Pulihkanlah jatidiriku

Haruskah aku menyesali takdirMU?
Haruskah aku membenci diriku?
Kerana hidup di ambang derita
Adakah sehingga ke penghujung nyawa?

Sinarilah hidupku dan anak anakku ya ALLAH
Berikanlah kekuatan kepada kami
Untuk menyusuri jalan jalan berliku
Penuh onak dan ranjau tanpa jemu
Jalan penuh kecewa dan derita
Sedangkan kami amat dahaga
Mengharapkan setitis embun
Juga mendambakan sekelumit kasih

Ya ALLAH ya RABBI
Berikanlah aku kasih sayangmu
Kerana kasihmu maha adil tanpa jemu
Sucinya tanpa had mahupun batas
Ku sujud kepadaMU ya ALLAH
Ku merayu padamu ya RABBI
Izinkanlah ku jamah erti kebahagiaan

Zu ‘De Mafia Mom