11 tahun berlalu sia sia
11 tahun aku di belenggu masalah
11 tahun aku tidak tenteram
11 tahun aku membuang masa
Apakah ini pemutus segala?
Apakah ini noktahnya?
Abang
Tatkala aku kebingungan
Di manakah abang?
Tatkala aku di himpit keresahan
Di manakah abang?
Tatkala mataku bengkak menangis
Di manakah abang?
Pernahkah abang sika airmataku?
Pernahkah abang memeluk dan mententeramkanku?
Pernahkah abang ungkapkan aku bernilai di matamu?
Pernahkah abang nyatakan kewujudan aku?
Ya, memang abang pernah mengungkapkan
Bahawa tidak ada orang lain yang
Menyayangi aku sepertimu
Tapi! Bilakah itu bang?
Itu hanya sekali terngiang ke telingaku
Iaitu 9 tahun dulu!
Dan ianya hanya sekali bang!
Abang sebenarnya tidak memerlukan aku
Abang sebenarnya tegar kehilangan aku
Abang sebenarnya tidak mendambakan aku
Abang sebenarnya tidak lagi kasih kepadaku
Abang sebenarnya tidak tulus mencintai aku
Abang sebenarnya tidak mahu memberikan hak ku
ABANG!!!!!
Tahukah abang bahawa aku sentiasa menyayangimu bang
Tahukah abang bahawa aku masih tetap mencintaimu bang
Tahukah abang aku derita di perlakukanmu bang
Tahukah abang aku sengsara dan merintih di kalbuku bang
Abang
Aku sebenarnya masih tidak ingin kehilanganmu
Aku sebenarnya masih ada perasaan sayang padamu
Aku sebenarnya masih ada perasaan belas padamu
Aku sebenarnya masih diriku 11 tahun dulu
Aku sebenarnya masih isterimu yang abang lafazkan
Akad nikah 11 tahun yang lalu
Aku sebenarnya tidak boleh hidup tanpamu
Kerana seluruh jiwaku telah ku semadikan bersama kasih kita
Namun bang
Kehadiran Ramadhan Al-Mubarak kali ini
Mungkin akan menyaksikan kasih kita hilang kekebalannya
Mungkin akan menyaksikan keruntuhan mahligai yang kita bina
Mungkin akan menyaksikan haluan kita yang berbeza
Yang terbelah menjadi dua
Abang
Aku ini bagaimana bang?
Aku ini jahat sangat kah bang?
Aku ini perempuan sundal kah bang?
Sehingga abang tegar memperlakukan kasihku begini
Sehingga abang tegar untuk tidak mempedulikan aku
Abang
Seandainya kepercayaan yang ku berikan padamu
Abang rekah rekahkan
Seandainya kasih sayang yang ku berikan padamu
Abang sia sia kan
Seandainya keikhlasan yang ku berikan padamu
Abang siat siatkan
Maka aku tegar abang melepaskan aku bang
Walau ku tahu aku akan menderita
Walau ku tahu aku akan merana
Mungkin dengan cara ini
Abang akan lebih berjaya
Mungkin dengan cara ini
Abang akan berjumpa seseorang yang
Lebih mulia
Dan lebih segala dari diriku ini bang
ABANG!!!!!
Andai abang ingin pergi
Pergilah bang
Usah abang menoleh lagi
Doaku
Moga abang sentiasa terpelihara
Semoga abang akan dapat meraih kasih yang abang dambakan
Semoga abang akan dapat mengecap kebahagiaan yang abang cari
Selama ini
Aku?
Biarkan aku bersama putera putera kita
Kerana mereka adalah nadi hidupku dari dulu, kini dan selamanya
Abang juga tahu
Aku akan jadi gila jika tanpa mereka
Aku akan mati tanpa mereka
Pergilah bang
Pergilah abang dengan tenang
Abang tahu aku dan anak anakmu disini
Kami sudah tidak akan menantimu bang
Tapi andai abang rindukan anak anakmu bang
Jenguklah mereka walau sekali
Assalamualaikum bang!
Zu ‘De Mafia Mom
No comments:
Post a Comment