Ya ALLAH tuhan semesta alam
Hambamu disini mengharap simpatiMU
Hambamu disini mengharap keredhaanMU
Bantula aku ya ALLAH ya RABBI
Pulihkanlah semangatku
Pulihkanlah jatidiriku
Haruskah aku menyesali takdirMU?
Haruskah aku membenci diriku?
Kerana hidup di ambang derita
Adakah sehingga ke penghujung nyawa?
Sinarilah hidupku dan anak anakku ya ALLAH
Berikanlah kekuatan kepada kami
Untuk menyusuri jalan jalan berliku
Penuh onak dan ranjau tanpa jemu
Jalan penuh kecewa dan derita
Sedangkan kami amat dahaga
Mengharapkan setitis embun
Juga mendambakan sekelumit kasih
Ya ALLAH ya RABBI
Berikanlah aku kasih sayangmu
Kerana kasihmu maha adil tanpa jemu
Sucinya tanpa had mahupun batas
Ku sujud kepadaMU ya ALLAH
Ku merayu padamu ya RABBI
Izinkanlah ku jamah erti kebahagiaan
Zu ‘De Mafia Mom
No comments:
Post a Comment