Wednesday, March 7, 2012

Kau Yang Pernah Bertahta Di Hatiku.

Teman,
Tatkala aku kau tinggalkan terkontang kanting,
Oleh hatimu yang kering,
Apa yang ada untukku ketika itu?
Hanya airmata pengubat sendu.

Kini setelah bertahun masa berlalu,
Kau mula menjejaki aku,
Adakah kau fikir aku telah melupakan?
Walau kau telah aku maafkan.
Aku sebagai manusia,
Walau berhati waja,
Namun bukan boneka,
Yang tidak ada rasa.

Mungkin kau sudah alpa,
Pada pedihnya ungkapanmu dulu.
Mungkin kau sudah alpa,
Pada angkuhnya sikapmu padaku.
Bagai tidak bertapak kasih di tinta,
Bagai tidak bercorak ingatan di jiwa.

Teman,
Walau aku tidak akan menoleh kebelakang lagi,
Walau aku tidak akan mengumpan memori,
Tapi aku tidak tegar dengan keadaan ini,
Kerana kau pernah tidak berperi.
Namun kini,
Setelah kemaafan ku beri,
Telah ku redho dengan keadaan ini.
Sengketa lama kita sisihkan,
Perasaan silam kita lenyapkan.
Usah mencari aku lagi untuk apa yang telah kita tinggalkan.
Kerana tiada lagi walau sisa berbaki,
Segala rasa yang pernah wujud kini tiada lagi……
Namun begitu,
Kita masih bisa tetap bersahabat,
Kerana bumi mana yang tidak di timpa hujan,
Manusia mana yang tidak pernah berbuat kesalahan…..

Zu ‘De Mafia Mom
07 March 2012
© All rights reserved

No comments: