Thursday, October 15, 2009

Di Sana Kiambang Ku Bertaut

Abang
Di sepanjang pendakianku ini
Akhirnya membawa aku kepada abang
Hadirnya abang menyuluh jalanku
Hadirnya abang menyentuh hatiku
Walau abang jauh beratus batu
Di hatiku abang tetap ada di sisiku selalu

Abang
Walau halangan berbisa menunggu di persimpangan
Aku tidak akan tunduk pada keegoan
Kerana ianya seperti belati berbisa
Yang menusuk dan menekan di dada
Aku akan tetap membina impian
Agar abang dan aku
Tidak seperti sang punggok yang merindui rambulan
Aku akan tetap membina impian
Agar abang dan aku
Tidak seperti ombak yang menghempas pantai
Lantas memusnahkan segala impian dan harapan
Jangan kerana dek hempasan ombak
Pantai musnah lalu berubah
Jangan kerana dek deruan ombak yang memecah hening
Kita jadi tidak lagi seiring

Abang
Walau ku tau apa yang bakal menanti kita
Akan ku tabah dan sabar jua
Kerana di sana kiambang ku bertaut
Di lubuk hati ku yang dahaga
Kasih abang ku semat di jiwa
Agar nanti tiba jua kebahagiaan kita!

Zu ‘De Mafia Mom

No comments: