Monday, April 25, 2011

DI SINI AKU MENYUSURI HARI.

Di sini aku menyusuri hari,
Di daerah yang begitu asing bagiku,
Namun demi sebuah impian,
Bersama harapan yang semerbak harumnya,
Ku gagahi jua menapak dalam keasingan itu.

Tidak ku gentar pada tiupan bayu,
Tidakku gusar pada bayangan mendatang,
Aku berdiri teguh di sini,
Bersama hatiku yang murni,
Usah biarkan bayangan jelmaanmu ghaib,
Kerana kau sentiasa dalam hatiku tersisip,
Rapi di sudut kalbu,
Berpadu satu dalam curahan rindu,
Senada dalam irama buluh perindu!

Maafkan aku wahai pantai,
Sekoyong ku hadir,
Sesaat ku hilang,
Pergiku tidak kemana,
Hanya sekadar kembali ke desa,
Sampai masa ku kembali jua,
Memandangmu telus dari hatiku,
Walau di mana pun jua ku berada,
Kau dan aku adalah sama!
Kau dan aku umpama lagu dan irama…

Beb ‘De Mafia Mom
Kota Kinabalu
14-19 April 2011

No comments: