Thursday, November 12, 2009

Teman

Teman,
Ketika ku selusuri jalan itu,
Kaki tersadung kerikil kerikil tajam yang jitu,
Walau luka di kakiku baik sudah,
Kesan parutnya tetap gah,
Agar tidak ku lupa janji d pateri,
Nescaya teguh tegak berdiri,
Umpama lilin yang hebat terbakar,
Menjadi sejarah baru terlakar.

Teman,
Aku sematkan di jiwa halusku,
Agar memaafkan apa juga kesalahanmu,
Walau akal tidak setuju,
Tapi ku cekalkan hatiku untukmu,
Agar persahabatan tidak celaru,
Supaya kasih sayang tidak terbuku,
Mari ku pimpin mu seperti selalu,
Aku tidak akan membiarkan mu,
Walau galur calar umpama seteru,
Marilah teman datang kepadaku,
Akan ku lupakan segala kisah pahit itu.

Teman,
Sekali ku ukirkan ikatan persahabatan,
Aku tidak akan memungkirkan,
Segala kesilapan mahupun kesalahan,
Ku anggap semua tidak di sengajakan,
Walau apa pun sebenar yang kau mahukan,
Mengundur diri bukan sekali kali jawapan,
Sekali bersahabat maka selamanya berjabat,
Aku masih tetap seorang sahabat,
Yang ada untuk kau dan semua,
Agar kita bersatu dan kuat,
Bersama menghadapi hari hari mendatang yang hebat!

Zu 'De Mafia Mom

Friday, October 30, 2009

LEWAT PERTEMUAN INI

ABANG,
RINDUKU PADA ABANG SELUAS LAUTAN,
RINDUKU PADA ABANG SEBESAR CAKRAWALA,
RINDUKU PADA ABANG SETINGGI BANJARAN HIMALAYA,
NAMUN AKU RELA,
RELA BERSELIMUT EMBUN,
RELA BERPANAS TERIK,
RELA BERMANDI PELUH,
TETAPI TIDAK BERHATI LULUH.

ABANG,
SEANDAINYA MENTARI TIDAK BERCAHAYA,
SERI ABANG SUDAH CUKUP MENYINARI KU,
SEANDAINYA MALAM TIDAK BERBINTANG,
TIADA APA YANG PERLU KU PANDANG,
HANYA ABANG YANG AKU DAMBAKAN,
UNTUKKU SELUSURI LALUAN INI,
BERSAMA ABANG HINGGA KE PENGHUJUNG JALAN.

ABANG,
LEWAT PERTEMUAN INI,
TERLALU BANYAK YANG KU PELAJARI,
BAHAWA HIDUP INI TIDAK BAHAGIA SENTIASA,
BAHAWA HIDUP INI TERLALU BANYAK GODAANNYA,
BAHAWA HIDUP INI KITA TIDAK BERHAK APA APA,
NAMUN BANG,
BERIKAN SEKALUNG HAK UNTUKKU,
AGAR DAPAT KU PUNYAI DIRIMU,
BERIKAN SEKALUNG HAK UNTUKKU,
AGAR DAPAT KU UKIR NAMAMU SEBAGAI RAJA DI HATIKU,
BERIKAN SEKALUNG HAK UNTUKKU,
AGAR AKU DI SELIMUTI IKATAN AMANAH TUNTUTAN TUHAN,
YANG AKAN KEKAL BERPANJANGAN.

ABANG,
SEHINGGA SAMPAI WAKTUNYA,
AKAN KU NANTIKAN ABANG PENUH SETIA.

ZU 'DE MAFIA MOM

Thursday, October 15, 2009

Pastinya Di Sini

From ABANG. Thanks abang for this beautiful poem.


Pastinya Di Sini.

Derap langkahmu gagah,
segagah soldadu ke medan perang.

Memang di persimpangan itu penuh onak dan duri,
hanya insan berhati berani yang bisa lolos,
lolos demi hasrat murni.

Semangat tak bisa hancur,
biar berkoyan ombak menerjah,
walau perit dada pantai menadah,
tetap tergengam janji hasrat nan luhur.

Nun lihat di ufuk,
sinar makin menyerlah,
tertambat salam walau masih basah dan merah,
pasti di sini tertunai hasrat nan indah,
mengecap kasih sayang terpupuk.

Di hadapanmu,
terbentang jalan beralas permaidani indah,
bukan angan tapi mimpi yang jelas,
bukan mimpi bukan igau,
di sini pasti impian berbenih hasrat,
hasrat nan satu mengunci jendela,
jendela hati termaktub kata ikatan suci.
Di belakang mu,
tinggalkan jejak itu,
kerana,
ia hanya indah untuk di kenang,
tapi pahit untuk di rasa.

Pastinya disini,
tempatmu mengecap kemanisan,
kedamaian hati bersama impianmu.

Di Sana Kiambang Ku Bertaut

Abang
Di sepanjang pendakianku ini
Akhirnya membawa aku kepada abang
Hadirnya abang menyuluh jalanku
Hadirnya abang menyentuh hatiku
Walau abang jauh beratus batu
Di hatiku abang tetap ada di sisiku selalu

Abang
Walau halangan berbisa menunggu di persimpangan
Aku tidak akan tunduk pada keegoan
Kerana ianya seperti belati berbisa
Yang menusuk dan menekan di dada
Aku akan tetap membina impian
Agar abang dan aku
Tidak seperti sang punggok yang merindui rambulan
Aku akan tetap membina impian
Agar abang dan aku
Tidak seperti ombak yang menghempas pantai
Lantas memusnahkan segala impian dan harapan
Jangan kerana dek hempasan ombak
Pantai musnah lalu berubah
Jangan kerana dek deruan ombak yang memecah hening
Kita jadi tidak lagi seiring

Abang
Walau ku tau apa yang bakal menanti kita
Akan ku tabah dan sabar jua
Kerana di sana kiambang ku bertaut
Di lubuk hati ku yang dahaga
Kasih abang ku semat di jiwa
Agar nanti tiba jua kebahagiaan kita!

Zu ‘De Mafia Mom

Wednesday, October 7, 2009

Wahai Burung Punggok

Wahai burung punggok
Tidak jemukah kau merindui sang rambulan?
Walau kau tahu sang rambulan hanya akan bertamu
Tetapi tidak bertemu

Wahai burung punggok
Tidak jemukah kau merindui sang rambulan?
Walau kau tahu sang rambulan akan hilang
Bila fajar mula menjelang

Wahai burung punggok
Tidak jemukah kau merindui sang rambulan?
Walau kau tahu sang rambulan bukan milikmu seorang
Datangnya tidak di undang
Perginya pula tidak dapat di halang

Wahai burung punggok
Tidak jemukah kau merindui sang rambulan?
Walau hadirnya hanya seketika
Lantas mengundang rindu yang berpanjangan

ADILKAH UNTUKMU WAHAI BURUNG PUNGGOK?
Sedangkan kau setia menanti sang rambulan
Namun apakah sang rambulan
Akan jatuh ke ribamu?
Lalu menjadi hakmu yang satu?

Wahai burung punggok
Allah SWT yang ESA maha mengetahui
Apakah yang menanti untukmu

Wahai burung punggok
Teruslah yakin sinar sang rambulan
Akan menerangi setiap malammu
Teruslah yakin sinar sang rambulan
Akan bersatu dan menyatu jua akhirnya denganmu!

Zu 'De Mafia Mom

Friday, October 2, 2009

Z U B A I D A H

Di hari yang indah ini, ku selitkan sesuatu dari seseorang yang mungkin sedang memandang atau memantauku dari jauh. Atau mungkin sedang cuba menerjah ke ruang sepi seorang wanita. Kepada seseorang itu, terima kasih untuk sesuatu yang indah ini.

Z U B A I D A H

Zalimkah aku,
pabila aku melambai hati mu,
disaat kau masih mengingati detik itu.


Utamakah aku,
di mata dan di hatimu,
sedangkan aku masih berpimpin jejari halus,
pastinya bukan kamu.


Bahagiakah kau,
dengan meratapi detik itu, sedangkan sehiris hati tersedia buat mu,
untuk kau huni.


Alphakah kita,
yang sering melempar senyum dan pengharapan,
sedangkan itu umpama mimpi,
yang akan pergi seiring dengan mentari.


Istikomahkah kita,
dalam pertalian ini, sedangkan rasa jiwa mula mencengkam bisa,
bakal terubatkah ia.


Dapatkah aku,
menggapai impian,
sedangkan engkau kekadang jauh tidak terucap,
dekatnya mengundang tangis.


Aduhai,
tercapaikah impian,
sedangkan kesemuanya masih di awangan tanpa kepastian,
atau itu igauan.


Haruskah aku,
menerjah hati sepi insan,
sedangkan ada insan lain yang mungkin kesepian,
dimanakah aku.

Thursday, September 17, 2009

Abang

Abang sayang
D daerah ini hatiku terpinggir
Jiwaku meruntun dalam keresahan
Kepulan awan tidak ku terlihatkan
Gemersik suara kicauan unggas juga tidak kedengaran

Aku
Aku masih tetap di sini bang
Menyimpul ingatan kasihku padamu
Memintal kenangan dan gelak tawa kita
Juga sendu tangis yang tak hilang bisanya

Abang sayang
Ku mencarimu ke segenap pelusuk dunia
Namun abang tidak kelihatan di pacainderaku
Abang sayang
Datanglah kepadaku bang
Walau hanya di dalam mimpi mimpiku

Setiap malam ku menunggu
Abang hadir di depanku
Akanku bajai setiap waktu
Agar kasih kita tetap menjadi satu

Zu ‘De Mafia Mom