Friday, September 30, 2011

SANTAPAN JIWA

18 September 2011.



Bila hati memandang sayu,

Manakala mata menapak pilu,

Apa di kenang lakaran semalam,

Biar ianya berlalu tanpa dendam,

Walau jiwa tidak setuju,

Jangan kasih bertukar seteru,

Lapangkan dada bersangka baik,

Walau perahu tidak kembali ke mudik.



Aku telah melepasi garisan,

Tampak gagah mencatur persimpangan,

Walau terhuyung hayang kaki di hayun,

Langkah tetap tersusun,

Padamu kasih ku berseru,

Moga masih berbaki ombak rindu,

Beralun syahdu di dasar hati,

Bukan berteleku di tapak kaki!



Walau ingin sekali aku membenci,

Tetapi Allah swt lebih mengerti...



Selamat malam untuk sang kekasih yang berada di seberang laut china selatan.

Semoga aman tanpa aku!



Beb 'De Mafia Mom

Aku Penghuni Kota Batu

08 Julai 2011.

Manusia kota batu yang angkuh.

Menapak megah dalam pekat lumpur yang hanyir. 

Cahaya samar neon di ulit malam kelat.

Menjanjikan maksiat yang tidak pernah mengenal erti penat!



Tugu kasih berdiri tegap.

Megah di rangkul mata yang bundar.

Kasih meresap ke pelusok jiwa.

Sayang jangan di sentap sentap.

Sesudah jari jemari semakin meliar.

Tinta terlakar di segenap peta.



Wajah bersih sanjungan jiwa.

Bersangka baik sesama manusia.

Tapi di mana nilai di jiwa?

Mulut manis namun hati bernoda.

Tegar menghulur racun sesama kita. 

Walau ilmunya lebih sempurna.

Inikah pentas dunia?

Syaitan memperdaya manusia.

Menanda onar di belahan hati.

Umpama di hiris pisau belati!

Di manakah nilai kemanusiaanmu?

Mudah di ragut fikiran yang jahat.

Bersangka jijik pada sahabat.

Sedang dahulu tangan berjabat.

Tiba tiba menikam dari belakang.

Melolos diri dari cengkaman.

Menabur onar di sepanjang jalan. 

Agar mudah rancangan di bentang. 

Supaya tegap bila berlari. 

Laju menuju garisan penamat.



Lantas ku biarkan kau menang. 

Kerana aku selayaknya tewas oleh permainan tipu muslihat. 

Mentelah aku bukan kelkatu yang kebal. 

Bersayap ajaib si pari pari yang hebat.

Aku hanya manusia kerdil.

Tiada banyak keistimewaannya. 

Cuma sekeping hati yang tak bernilai. 

Menagih kasih tercipta walau dalam gelap gelita.

Menghayun langkah sumbang.

Mencipta rakus sang kumbang.

Bunga d mamah jua. 

Walau hati tidak sekutu. 

Sedang kasih entah di mana.
Bahtera di kemudi siap.

Menyembah nafsu!



Apalagi yang kau masih di situ?

Usah menanti pada yang tiada.

Jangan meminta pada yang derhaka.

Biarkan dia bebas berlari.

Menanti hanya pada yang sudi.



Jangan menapak tanpa peri.

Biarkan arca dan jejakmu halimunan di sini.

Kerana kau tahu ku akan tegap berdiri.

Teguh bersama hatiku yang pasti.

Setelah aku lelah berlari.
Izinkan aku mendayung impian.

Menyulam rindu melakar harapan.

Selagi bumi masih berputar.

Sementara lautan masih terbentang.

Selagi hidup masih berbaki.

Walau aku mungkin tidak berkesempatan membina sejuta impian.

Namun di hati tetap sepakat.

Kasih di pateri sebegitu hebat.

Agar tiada kekesalan di hujung jalan.

Semoga barakah segenap harapan dan perjalanan.



Amin amin ya rabbil alamin...

Padamu Allah aku berserah.

Tidak lagi ku minta yang bukan hakku.

Ampuni aku ya Allah.

Aku lalai sebagai hambamu.

Dengan hidupku yang masih berbaki.

Ku pohon keampunan dan petunjukmu.

Agar aku mendapat redho mu ya Allah.


Amin amin ya rabbil alamin...

Beb 'De Mafia Mom

Monday, April 25, 2011

DI SINI AKU MENYUSURI HARI.

Di sini aku menyusuri hari,
Di daerah yang begitu asing bagiku,
Namun demi sebuah impian,
Bersama harapan yang semerbak harumnya,
Ku gagahi jua menapak dalam keasingan itu.

Tidak ku gentar pada tiupan bayu,
Tidakku gusar pada bayangan mendatang,
Aku berdiri teguh di sini,
Bersama hatiku yang murni,
Usah biarkan bayangan jelmaanmu ghaib,
Kerana kau sentiasa dalam hatiku tersisip,
Rapi di sudut kalbu,
Berpadu satu dalam curahan rindu,
Senada dalam irama buluh perindu!

Maafkan aku wahai pantai,
Sekoyong ku hadir,
Sesaat ku hilang,
Pergiku tidak kemana,
Hanya sekadar kembali ke desa,
Sampai masa ku kembali jua,
Memandangmu telus dari hatiku,
Walau di mana pun jua ku berada,
Kau dan aku adalah sama!
Kau dan aku umpama lagu dan irama…

Beb ‘De Mafia Mom
Kota Kinabalu
14-19 April 2011

Wednesday, November 17, 2010

ARCA

Biarkan cermin di sudut itu,
Izinkannya menyapa sepi membelai rindu.
Pada hatinya yang rawan nan pilu,
Bernafas layu meratap hatinya yang sendu.
Walau tingkah membibit cemburu,
Tidak di hirau pada sang pemburu.
Bersandarkan impiannya yang satu,
Mencari kasih suci di puncak rindu,
Agar bahagia mengetuk pintu.

Pranggg… si cermin jatuh melayang,
Tinggallah kasih tinggallah sayang.
Hadirku tidak kau undang,
Apatah lagi untuk kau kenang.
Mana kan bisa aku di sayang.
Hidup rupanya di selubungi malang,
Kasih ku puja umpama bayang-bayang.

Belas sungguh nasibmu cermin,
Kasih di curah serasa dingin.
Walau bertaburan ke bumi tidak kau ingin,
ARCA menghilang di tiup angin!

Zu ‘De Mafia Mom

Bertemu kembali di OKU BOLEH

29 September 2010.

Salam kasih sayang untuk sahabat sahabat yang sentiasa rukun dan hidup dalam pesan memesan. Jutaan maaf dari kami andai akhir akhir ni menyepi tanpa khabar berita. Alhamdulillah kami sihat adanya dan ada beberapa rancangan tersusun untuk di laksanakan.

Andai hidup punca perpisahan,
Biarlah mati menyambungnya semula.
Tetapi andai mati punca perpisahan,
Biarlah hidup memberi erti yang nyata.

Subhanallah...
Mana suci ALLAH,
Ampunkan hambamu ini ya ALLAH.
Yang terleka dengan hiburan dunia,
Yang terlena dengan kasih sayang yang sementara.

Ku tadahkan kedua tanganku mengadapMU,
Ku suci dan utuhkan hatiku sebagai hambaMU,
Hidup pasti akan mati,
Yang salah akan timbul kebenaran,
Yang menindas nantikan saja hari pembalasan.
Setiap nafas yang ENGKAU berikan,
Kesyukuran aku panjatkan,
Semoga hari hari mendatang,
Membawa sinar kebahagiaan yang lebih jelas.
Semoga hari hari mendatang,
Membuka tirai kejayaan yang lebih luas,
Untuk kita.....

Wahai putera puteraku Aloy dan Danish,
Doa mama sentiasa mengiringimu setiap detik.
Senada dengan setiap nafas yang mama hembuskan,
Agar putera puteraku sentiasa dalam dakapan,
Yang maha ESA.

Wahai saudara saudaraku di OKU BOLEH,
Aku tidak akan lagi menoleh,
Walau pernah tewas dalam makrifat.
Selagi tangan masih berjabat,
Ku hulurkan tali silaturrahim sebagai pengikat,
Kasih sayang sebagai sahabat.

Aku dan putera puteraku,
Masih tetap menanti di sini.....

Beb 'De Mafia Mom

Monday, July 5, 2010

Khilafkah Aku?

Semua manusia di lahirkan dengan rasa.
Semua manusia di lahirkan dengan jiwa!

Namun,
Usah biarkan kekhilafan menguasai diri selamanya.
Andai terlencong dari landasan,
Berpatah pulanglah ke garisan.
Nescaya di situ akan bertemu aman.

Aku...
Walau mendabik dada mengusir memori,
Namun aku hanya manusia biasa yang tegak berdiri.
Walau kadangkala mulut mengundang sengketa,
Namun hatiku masih terpampang cerita.
Nada sendu masih tetap berlagu,
Walau telah ku nyahkan jauh jauh dari hatiku.

Aku.....
Hanya manusia biasa.
Memohon kemaafan dari yang maha ESA,
Andai banyak kekhilafanku yang ada,
Semoga ALLAH SWT mengampunkan kekhilafanku semuanya.

Amin.....

Zubaidah Ayob.

Tuesday, June 29, 2010

Assalamualaikum Abang Hairusnizam Bin Alwi.

Assalamualaikum abang yang ku rindukan selalu. Hatta jasad abang tiada di sisiku, hatiku tidak pernah berpaling mahupun berkurang kasih sayangku padamu abang. Ketahuilah abang, beb masih mengingati abang sentiasa. Tidak pernah berkurang perasaan dan ingatan biarpun abang telah kembali ke alam yang kekal.

Malamku masih suram bang. Kekadang masih terisi dengan sebak dan airmataku. Masih mendoakan abang di sana dan tatkala yang sama, masih tetap merasakan keberadaan abang dengan kami. Beb masih ingin melihat abang, menyentuh abang dan menjaga abang walau semua itu hanya tinggal kenangan yang tidak akan kembali. Bayangan dan kenangan silam kita tidak akan pernah pudar dari kotak ingatanku bang. Sebagaimana walau abang tiada lagi di depan mataku, tiada lagi di sisiku dan tiada lagi ku dengar suara abang di cuping telingaku… namun beb masih merasakan kehadiran semangat abang walau hanya di dalam gambar!

Anak anak sudah semakin membesar. Adik sudah semakin bijak dalam serba serbi walau badannya saja yang tak naik naik bang. Anak anak masih menyebut papa. Masih bercerita mengenai papa. Masih tetap mendoakan agar papa aman dan di lindungi di sana. Kami masih mengimbau kenangan kenangan kita bersama dan kadangkala masih tetap bergelak ketawa tatkala bercerita kenangan yang lucu masa kita bersama dulu. Cuma adik kadang kala bersembunyi di sebalik dinding atau di bawah selimut dengan airmatanya yang bergenang dan suara tangisan yang di perlahankan. Bersembunyi dari mama tatkala airmatanya mencurah ke bumi kerana merindui papa yang sudah tiada lagi di hadapan matanya.

Loy pula berlainan cara. Dia sudah remaja sekarang dan acapkali andai amarahku keterlaluan padanya, dia mempalingkan muka! Membuatkan beb rasa menjadi lebih marah tetapi bila tanganku menyinggah ke badannya, masih ku teringat pesan abang agar usah meletakkan tangan pada anak anakmu.

Namun bang, bukan mudah untukku lalui hari hari dengan perbagai kerenah dan situasi. Walau bagaimanapun kadangkala tatkala emosi atau nafsu menguasai diri, airmata saja yang menemani. Beb masih lagi seorang wanita bang, walau segagah manapun beb!

Al-fatihah untuk abang yang sentiasa ku sayang dan ku kenang setiap detik, walau hanya dalam bayangan.

Tuai padi antara masak.
Esok jangan layu layuan.
Intai kami antara nampak.
Esok jangan rindu rinduan.

Anak cina pasang lukah.
Lukah di pasang di Tanjung Jati.
Dalam hati tidak ku lupa,
Bagaikan rambut tersimpul mati.

Burung merpati terbang seribu.
Hinggap seekor di tengah laman.
Hendak mati di hujung kuku.
Hendak berkubur di tapak tangan.

Kalau tuan mudik ke hulu.
Carikan saya bunga kemboja.
Kalau tuan mati dahulu.
NANTIKAN SAYA DI PINTU SYURGA!

AL-FATIHAH UNTUK ABANG HAIRUSNIZAM BIN ALWI.

Salam sayang dari beb dan anak anak. Semoga bertemu lagi kita di SANA nanti bang!