Monday, December 21, 2009

Abang Nizam - Al Fatehah

Apology Dan Kenangan Untuk Arwah Abang Hairusnizam Bin Alwi. Al-Fatehah.

Assalamualaikum abang. Hari ini Beb menulis lagi. Tetapi tiada puisi untuk abang hari ini. Yang ada adalah luahan rasa Beb beberapa hari ini.

Abang, Danish asyik tidak berasa sihat akhir akhir ini. Tiga hari lalu dia menangis pukul 1++ pagi sehingga pukul 2++ pagi. Sejam lebih Beb pujuk adik yang menangis tanpa henti kerana merindui abang. Apa salah kami bang? Mungkin agak lama sudah anak anak tidak menatap wajah abang. Itulah sebab adik asyik menangis dan kata rindukan papa. Semalam adik hampir menangis lagi tetapi cepat cepat Beb pantau.

Malam tadi adik menangis lagi di ikuti dengan demam. Dan muntah. Habis cadar dan tilam, adik muntah sedang asyik tidur. Sebenarnya adik tertidur semasa menangisi abang. Itu lah sampai termuntah pulak dalam tidurnya. Mungkin adik sangat merindui abang. Tetapi apakan dayaku bang. Walau segunung dan selautan rindu pun tidak akan dapat mengembalikan abang. Apa yang harus Beb lakukan lagi bang? Airmata Beb masih lagi mengalir. Mengalir tanpa haluan. Mengalir tanpa sempadan. Menangis tanpa henti. Abang, jika ini penebus dosaku bang, ampunilah Beb. Tidak sanggup melihat anak anak menangis merindui abang. Luluhnya hatiku abang! Luluhnya hati Beb!

Abang, andai boleh Beb putarkan masa, biarlah Beb menjaga abang seumur hidup Beb. Selama Beb menjaga abang sakit pun, Beb tak pernah merungut apatah mengherdik abang. Tetapi kami kehilangan abang juga akhirnya.

Abang, mengapa bang? Mengapa kita tidak di berikan kesempatan untuk menebus semua kesilapan dan kesalahan agar dapat kita pintal semula kekurangan dan kepincangan dalam hidup kita? Mengapa bang? Andai ku tau betapa siksanya anak anak, berkongsi nyawa pun Beb sanggup bang.

Abang, kenapa bang? Kenapa????

Adik dah pun tidur. Tidur dalam airmatanya. Tidur dalam sendu seorang anak. Apa yang adik tahu bang? Adik hanya berusia lima tahun! Hati Beb bagai di sayat sayat bang. Apalah ertinya semua ni bang? Beb dah tak tahan lagi. Sedangkan menempuh hidup seharian pun dah terasa sangat keletihan, inikan tatkala melihat penderitaan anak.

Abang, hidup kami terasa bagai mimpi. Abang, hadirlah di dalam mimpi mimpi kami bang. Zahirnya abang tak ku jangkaukan. Tanganku tak sampai bang…….

Abang…..

21 December 2009.
10.00 malam.

No comments: