Sunday, December 20, 2009

Abangku Sayang

Abangku sayang,
Awan yang mengiringi tiba tiba kelam,
Suasana ceria bertukar suram,
Abang melindungiku dengan bayangmu,
Aku rasa sungguh terharu.
Kesungguhan abang bukan mainan,
Sayang abang bukan taruhan,
Kasih abang mengalir di dalam darahku
Bersatu dalam hati yang satu.

Abangku sayang,
Bilamana hati menjadi satu,
Aku tidak akan menoleh ke belakang lagi,
Aku tidak mahu keliru,
Sejarah hitam biarkan berlalu,
Semua insan berbuat kesilapan,
Kisah silam kita lupakan,
Kita buka lembaran baru,
Takkan selamanya duka kita berlagu sendu,
Untuk di umpat nista para seteru.

Abangku sayang,
Keyakinan dan sayangku tidak akan goyah,
Kepercayaanku tidak akan rekah,
Jiwaku tidak akan resah,
Walau akhirnya jasadku rebah,
Kerana…..
Hatiku hanya milik abang.

Zu ‘De Mafia Mom

No comments: