Monday, December 21, 2009

Puisi dari Abang

Terima kasih abang kerana sentiasa prihatin pada Zu dan anak anak. Terima kasih kerana abang sentiasa mengambil berat dan mengambil tahu hal dan kesusahan kami. Terima kasih abang kerana kasih dan sayang abang. Sesungguhnya memang bukan mudah untuk Zu dan anak anak. Walau kami gelak ketawa, tetapi hati di dalam, siapa lah yang tahu melainkan Allah swt saja bang.

Kata abang, "hati ini bagai tersentak bila membaca rintihan hati mu"

Sebuah puisi dari abang.

Senja masih mengusung rindu,
rindu sekelompok jiwa,
meraut hiba,
pedih memanah hati,
beriring panah tohmah dan iri,
hanya sendiri menampi sepi.

Ranjau dan duka mu bakal terubat,
hanya tabah erat bersahabat,
bukan tangan tangan yang berjabat,
di belakang runcing di depan pepat.

Di hadapanmu masih ada harap,
bukan igau bukan mimpi,
cuma mereka yang berhati gundah gagal merebut takhta,
terus menghunus tohmah dan fitnah,
bacalah;
'dari Allah ia datang,
kepada Allah ia akan kembali'

Yakinlah;
'biar 'abbabil' melontar 'fil' dengan batu dari neraka,
sehingga hancur seperti daun kering di mamah ulat'

Berdoalah sayang,
kerana,
doa orang teraniaya itu makbul.

Amin.

Insyaallah.

No comments: