Tuesday, December 15, 2009

Anak Bangsaku Kah Itu?

Saudaraku sekalian,
Usahlah dikau merenung kepulan kepulan awan itu,
Kerana renunganmu itu menghiris hatiku,
Mengapa?
Mengapa dukamu masih membusuk?
Mengalir hanyir di lautan nanah,
Bangkitlah,
Bangkitlah,
Marilah bangkit bersamaku,
Mari bersama menuju kejayaan,
Bergerak maju ke petak hadapan.

Usahlah dikau ragu,
Aku masih tetap teguh bersamamu,
Mengejar bahagia dan cita cita.

Usahlah dikau gusar,
Aku kan terus menyokongmu,
Khabarkan berita gembira,
Kejayaan bakal berlagu,
Ke arah puncak menunggu,
Kejayaan harus terus di buru.

Majulah bangsaku,
Majulah dengan jaya,
Sebagai anak jati warga merdeka!
Aku tersenyum puas,
Melihat anak bangsaku,
Megah berdiri dengan bebas.

Anak bangsaku,
Saat aku meninggalkan jejak,
Kau pewaris pemangkin wacana,
Usah bertarung sia sia,
Harus di gerakkan dengan bijaksana,
Semoga dikau kukuh dan kebal,
Memudik arus kemodenan global
Dengan semangat jitu yang menebal
Utuh mewarisi sebagai anak jati Malaysia yang handal!

Zu ‘De Mafia Mom

No comments: