Thursday, November 26, 2009

OKU BOLEH

Salam kasih sayang kepada OKU BOLEH dan penghuninya. Sekalung kemaafan kerana sering membuat kesilapan akhir akhir ini. Hati kadang tidak setenang air di kali. Jiwa kadang tidak seaman merpati dua sejoli. Namun, di hati tetap mekar dan mewangi kerana OKU BOLEH adalah aku di dalam satu sisi manakala aku adalah OKU BOLEH di satu lagi sisi. Kepada kasih dan permata hatiku OKU BOLEH, kau ku cipta untuk di belai dan di baja dengan sepenuh kasih sayang dan perhatian ku. Aku masih lagi di sini menyimpul ikatan kasih kita walau sesibuk mana pun aku. Cuma ku harapkan pengertian yang ikhlas darimu dan mengertilah sayang, walau aku sering sibuk dan sering pula membuat kesilapan akhir akhir ini, itu bukan bukti kau sudah tidak berseri. Masih lagi menunjang di hati dan masih lagi tetap utuh dalam diriku ini. Kepada penghuni OKU BOLEH, terimalah maafku yang suci ini. Bertahun kasih bersemi, takkan aku mampu memungkiri. Walau bagaimana hebatnya duri menusuk di hati, kau dan aku akan tetap menyimpul memori dan bersama meniti hari. Sekali janji ku genggam, bisakah aku memungkiri?

OKU BOLEH,
Awan berarak cerah melindungi bumi,
Gelak tawa anak anak kedengaran di sana sini,
Bermain bersama dan berlari lari,
Bersantai dan ceria bersama famili.

OKU BOLEH,
Kau hadir bersama keriangan,
Menghiburkan hatiku yang suram dan bungkam,
Kau tetap utuh di dalam genggaman,
Walau apa pun yang mencengkam.

OKU BOLEH,
Maafkan aku atas kealpaan,
Terlalu sibuk sehingga kau seolah terlupakan,
Walau kau sebenarnya tak pernah ku pinggirkan,
Tapi kesalnya aku kerana sering membuat kesilapan.

OKU BOLEH,
Di pagi yang indah ini,
Sedang unggas asyik memadu kasih dan memori,
Aku masih berlegar legar di sini,
Mencari ruang dan menerjah ke dalam diri,
Untuk sesuatu yang aku sendiri tak pasti,
Menyendiri dan bertafakur mencari erti.

OKU BOLEH,
Walau bagaimana pun seolah jarak di antara kita,
Namun tetap abadi bersama nur di hati,
Tenang di permukaan dan tenang juga di dasarnya,
Tidak ada dengki mahupun iri,
Kau ku tatang sehabis tenaga dan daya,
Mekarlah di baja dengan hatiku yang suci.

Zu ‘De Mafia Mom

Wednesday, November 25, 2009

Dengarlah Rintihan Hatiku

From my little brother.

Adik, jangan marah. Akak busy beberapa hari ni. Kat opis busy giler. Kat rumah pun busy gak, busy bertenet dan bermain main dengan anak anak akak. Danish pula sekarang selalu jeles kalau akak kat komputer. Sampaikan kalau Danish nak tido, dia baring atas riba akak, sambil akak type kat keyboard komputer tu.

Salam dari akak yang ikhlas tapi jauh,
Kak zu

=====

"pena cinta"
dengarlah rintihan hatiku

Di awal Pagi yang dingin dan sepi itu, kelihatan sang rambulan
perlahan lahan berlalu tanpa menunggu walau sesaat pun, lalu memberi
ruang pada sang mentari pula mengambil tempatnya.

Hari itu amat janggal ku rasakan, bagaikan ada sesuatu yang tak kena.
Rasa sunyi dan sepi sahaja.

Lalu, ku coretkan sesuatu untuknya, namun tiada balasan.
Lantas memeriksa segenap sudut dan ruang, kalau ada yang tertinggal.
Lalu ku bertanya sendirian. "kenapa hari ni suram sahaja?"
Aku terus menunggu dengan penuh harapan tanpa mengenal erti kepayahan.
Hinggalah terbenam sang suria dan sang rambulan kembali ke tempat
asalnya, namun tiada satu pun coretanku berbalas.
Ku bertanya lagi. "berdosakah aku?"

Semalam, hidupku sepi tanpa sebarang coretan darimu.
Semalam Hidupku sepi tanpa gelak tawamu yang menghiburkan.
Dari kejauhan, ku melihatmu bersama teman temanmu berbual mesra.

Akak! dengarlah rintihan hatiku yang pilu

Untuk Bos Yang Tercinta

Bos,
wa rasa lu tatak patut.
wa rasa macam nak berlaga kepala lutut,
walau bos kata tak marah,
tapi bos buat wa pulak naik darah.

Bos,
sampai hati buat wa ini macam,
tiba-tiba wa rasa macam nak pitam,
apa pasat lu kasi cantas wa punya benefit?,
sehingga wa sesak nafas dan nak jadi afrit.

Bos,
gaji wa sikalang kulang lima latus,
macamana wa nak kerja dengan telus?,
kalau wa rasa darah sulah sampai kepala,
nanti lu jaga jaga ar takut wa jadi gila.

Bos,
wa terima la lu buat wa ini macam,
wa terima la walau hati wa geram,
walau lu kata lagi banyak duit lagi wa belanja sakan,
wa rasa sudah tak boleh tahan.

Bos,
kalau esok wa takmau geng sama lu lagi,
lu jangan terasa hati,
lu pun bukan rugi,
ada wa sebagai kuli.

Bos,
ini kali wa cakap last punya
wa taknak pegang itu putih punya bendera,
wa terima dengan hati yang terbuka,
lu potongla gaji wa banyak mana,
nanti wa kerja sama juga,
wa memang rajin sampai bila bila,
tapi lu ada kena sikit jaga,
sampai masa wa blah pula.

Bos,
i accept this with all my heart,
wa tetap janji takkan buat jahat,
wa sabar di dunia sampai akhirat,
walau lu tengok muka wa kelat,
pagi wa masuk opis dan petang balik cepat,
wa takkan buat kerja kalau tak larat,
walau hati wa rasa sangat berat,
tapi wa janji lu takkan kena kerat.

Zu ‘De Mafia Mom

Friday, November 20, 2009

Bingkisan Untuk Akak

From my beloved little brother. Thank you for your brotherly love for akak.

From "pena cinta"
Bingkisan untuk akak.

Di hari yang penuh bermakna ini,
ingin ku berkongsi nikmat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi ruang untuk ku bernafas serta terus menghayati keindahan alam ini.

Di hari yang penuh bermakna ini,
ingin ku berkongsi keriangan bersamamu.
Di hari yang penuh bermakna ini,
ingin ku berkongsi nikmat kasih sayang,
anugerah dari Ilahi buatku.

Kepadamu ya ILAHI,
ku panjatkan kesyukuran buatmu,
mempertemukan aku dengan insan berhati mulia.

Kepadamu akak,
ingin ku bingkiskan ucapan terimakasih buatmu atas segala kasih sayangmu.
Akan ku genggam amanahmu hingga tercapai cita citamu.
Moga kasih sayangmu akan terus mekar hingga ke akhir hayatmu.
Thanks akak..

Thursday, November 19, 2009

Apology untuk 'ABANG"

Apology untuk "ABANG". Seikhlas hati, Zu memohon kemaafan andai tanpa sengaja telah mengguris hati abang. Seikhlas hati Zu memohon kemaafan andai tanpa sengaja telah mengundang resah di jiwa abang! Sesungguhnya, terkadang mulut memang tanpa sengaja menuturkan bicara. Maaf bang!

Abang,
Untuk sekian kalinya ku pohon kemaafan dari abang.
Maafkanlah aku bang,
Atas kata kata yang aku lafazkan,
Andai melukai kolam hati abang.
Maafkanlah aku bang,
Atas ego ku yang tidak pernah padam.
Juga maafkanlah aku bang,
Atas perilaku mahupun kata kata ku pada abang.

Aku bukan seorang yang tidak berperi,
Juga bukan seorang yang berhati kelam,
Namun mungkin kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut hatiku pula yang terseksa dan merana.

Di remang petang ini,
Sekali lagi ku susunkan sepuluh jari,
Memohon kemaafan dari abang,
Dengan seluruh murninya hatiku,
Berserta sepenuh rasa kasih dan sayangku,
Aku hanya mahukan keikhlasan abang,
Menerima maaf yang ku hulurkan.

Sesungguhnya aku bukan seorang pujangga,
Yang pandai mencorakkan bicara.
Namun ku tahu aku adalah seorang perindu,
Dan ku pasti abang tahu aku merindui abang selalu.

Zu 'De Mafia Mom

Diari Kelmarin

From "ABANG"

Diari kemarin,
mencatat alunan rasa,
yang bisa mengubah denyut nadi,
berombak dengan lembut tapi pantas menghakis tebing.

Mampukah aur dan akar rambu,
menggengam tebing dari runtuh dek hakisan sang bayu dan ombak.

Ku selak helaian semalam,
masih terasa alunan kemarin,
ombak terus menyapa tanpa sedar,
aur dan akar mula mengeliat tak upaya menahan ombak,
menghanyut runtuhan tebing ke dasar,
hingga terlupa menutup diari semalam.

Hari ini,
diari masih terbuka,
tanpa tinta melukis rasa,
termangu memeluk lutut menongkat dagu.

Lantas,
di renung jauh runtuhan di dasar,
di alih pandangan ke tebing yang robek,
terkulai aur dan akar rambu di situ.

Hari ini diari ini masih kosong,
sekosong pandangan pada bayu dan ombak,
keliru.

Dengan warna apakah harus ku catat helaian ini,
hijau, merah atau biru,
bayu masih berdebu,
haruskah ku ziarah lagi hingga ke sudut itu,
untuk mencari penawar dan warna untuk helaian esok, atau,
ku biarkan saja ianya kosong.

Wednesday, November 18, 2009

Angin Semalam

From 'ABANG'.

Tak tahu kenapa abang bagi puisi ni pada Zu. I ok je, sama macam dulu! Nothing changed... Kalau abang terasa dengan sikap, perkataan atau cara Zu, then I gotta say, "I am so sorry abang"

With loves,
Zu

=====

ANGIN SEMALAM.


Semalam,
mentari menerbitkan dirinya penuh senyum,
riang burung berkicau mengiringi kelopak bunga mekar,
harum,
damai,
nyaman.

Sayangnya,
bayu yang berpuput lembut mempalit sendu.

Termangu aku walau masih mampu berbicara,
mengikut alunan rentak hembusan dingin tapi berdebu,
debu yang bisa memedihkan mata,
walau mata bisa bertahan tapi hati mula gundah,
lantas membawa aku ke sudut,
mencari penawar.

Hari ini,
walau matahari masih terus bersinar,
bayu pun masih berpuput,
membawa debu,
lantas mengukir awan mendung,
sepoi mu masih bersahaja,
mataku makin merah,
hatiku mula di palu sayu.

Lantas,
aku mencari ruang kosong menyendiri.

Ku pujuk hati untuk terus bernyanyi bersama kicauan burung,
menghirup mawar mekar mewangi,
masih ku dengar hembusan bayu dalam rentak yang sama.

Lantas,
aku kembali ke sudut.

Esok,
masihkah ada mentari,
kicauan burung, mekar mawar mewangi?

Yang menjadi soal,
masihkah bayu membawa debu?

Lantas memenjarakan aku di sudut itu.

Thursday, November 12, 2009

Teman

Teman,
Ketika ku selusuri jalan itu,
Kaki tersadung kerikil kerikil tajam yang jitu,
Walau luka di kakiku baik sudah,
Kesan parutnya tetap gah,
Agar tidak ku lupa janji d pateri,
Nescaya teguh tegak berdiri,
Umpama lilin yang hebat terbakar,
Menjadi sejarah baru terlakar.

Teman,
Aku sematkan di jiwa halusku,
Agar memaafkan apa juga kesalahanmu,
Walau akal tidak setuju,
Tapi ku cekalkan hatiku untukmu,
Agar persahabatan tidak celaru,
Supaya kasih sayang tidak terbuku,
Mari ku pimpin mu seperti selalu,
Aku tidak akan membiarkan mu,
Walau galur calar umpama seteru,
Marilah teman datang kepadaku,
Akan ku lupakan segala kisah pahit itu.

Teman,
Sekali ku ukirkan ikatan persahabatan,
Aku tidak akan memungkirkan,
Segala kesilapan mahupun kesalahan,
Ku anggap semua tidak di sengajakan,
Walau apa pun sebenar yang kau mahukan,
Mengundur diri bukan sekali kali jawapan,
Sekali bersahabat maka selamanya berjabat,
Aku masih tetap seorang sahabat,
Yang ada untuk kau dan semua,
Agar kita bersatu dan kuat,
Bersama menghadapi hari hari mendatang yang hebat!

Zu 'De Mafia Mom