Thursday, November 19, 2009

Apology untuk 'ABANG"

Apology untuk "ABANG". Seikhlas hati, Zu memohon kemaafan andai tanpa sengaja telah mengguris hati abang. Seikhlas hati Zu memohon kemaafan andai tanpa sengaja telah mengundang resah di jiwa abang! Sesungguhnya, terkadang mulut memang tanpa sengaja menuturkan bicara. Maaf bang!

Abang,
Untuk sekian kalinya ku pohon kemaafan dari abang.
Maafkanlah aku bang,
Atas kata kata yang aku lafazkan,
Andai melukai kolam hati abang.
Maafkanlah aku bang,
Atas ego ku yang tidak pernah padam.
Juga maafkanlah aku bang,
Atas perilaku mahupun kata kata ku pada abang.

Aku bukan seorang yang tidak berperi,
Juga bukan seorang yang berhati kelam,
Namun mungkin kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut hatiku pula yang terseksa dan merana.

Di remang petang ini,
Sekali lagi ku susunkan sepuluh jari,
Memohon kemaafan dari abang,
Dengan seluruh murninya hatiku,
Berserta sepenuh rasa kasih dan sayangku,
Aku hanya mahukan keikhlasan abang,
Menerima maaf yang ku hulurkan.

Sesungguhnya aku bukan seorang pujangga,
Yang pandai mencorakkan bicara.
Namun ku tahu aku adalah seorang perindu,
Dan ku pasti abang tahu aku merindui abang selalu.

Zu 'De Mafia Mom

No comments: