Friday, November 20, 2009

Bingkisan Untuk Akak

From my beloved little brother. Thank you for your brotherly love for akak.

From "pena cinta"
Bingkisan untuk akak.

Di hari yang penuh bermakna ini,
ingin ku berkongsi nikmat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi ruang untuk ku bernafas serta terus menghayati keindahan alam ini.

Di hari yang penuh bermakna ini,
ingin ku berkongsi keriangan bersamamu.
Di hari yang penuh bermakna ini,
ingin ku berkongsi nikmat kasih sayang,
anugerah dari Ilahi buatku.

Kepadamu ya ILAHI,
ku panjatkan kesyukuran buatmu,
mempertemukan aku dengan insan berhati mulia.

Kepadamu akak,
ingin ku bingkiskan ucapan terimakasih buatmu atas segala kasih sayangmu.
Akan ku genggam amanahmu hingga tercapai cita citamu.
Moga kasih sayangmu akan terus mekar hingga ke akhir hayatmu.
Thanks akak..

No comments: