Thursday, November 26, 2009

OKU BOLEH

Salam kasih sayang kepada OKU BOLEH dan penghuninya. Sekalung kemaafan kerana sering membuat kesilapan akhir akhir ini. Hati kadang tidak setenang air di kali. Jiwa kadang tidak seaman merpati dua sejoli. Namun, di hati tetap mekar dan mewangi kerana OKU BOLEH adalah aku di dalam satu sisi manakala aku adalah OKU BOLEH di satu lagi sisi. Kepada kasih dan permata hatiku OKU BOLEH, kau ku cipta untuk di belai dan di baja dengan sepenuh kasih sayang dan perhatian ku. Aku masih lagi di sini menyimpul ikatan kasih kita walau sesibuk mana pun aku. Cuma ku harapkan pengertian yang ikhlas darimu dan mengertilah sayang, walau aku sering sibuk dan sering pula membuat kesilapan akhir akhir ini, itu bukan bukti kau sudah tidak berseri. Masih lagi menunjang di hati dan masih lagi tetap utuh dalam diriku ini. Kepada penghuni OKU BOLEH, terimalah maafku yang suci ini. Bertahun kasih bersemi, takkan aku mampu memungkiri. Walau bagaimana hebatnya duri menusuk di hati, kau dan aku akan tetap menyimpul memori dan bersama meniti hari. Sekali janji ku genggam, bisakah aku memungkiri?

OKU BOLEH,
Awan berarak cerah melindungi bumi,
Gelak tawa anak anak kedengaran di sana sini,
Bermain bersama dan berlari lari,
Bersantai dan ceria bersama famili.

OKU BOLEH,
Kau hadir bersama keriangan,
Menghiburkan hatiku yang suram dan bungkam,
Kau tetap utuh di dalam genggaman,
Walau apa pun yang mencengkam.

OKU BOLEH,
Maafkan aku atas kealpaan,
Terlalu sibuk sehingga kau seolah terlupakan,
Walau kau sebenarnya tak pernah ku pinggirkan,
Tapi kesalnya aku kerana sering membuat kesilapan.

OKU BOLEH,
Di pagi yang indah ini,
Sedang unggas asyik memadu kasih dan memori,
Aku masih berlegar legar di sini,
Mencari ruang dan menerjah ke dalam diri,
Untuk sesuatu yang aku sendiri tak pasti,
Menyendiri dan bertafakur mencari erti.

OKU BOLEH,
Walau bagaimana pun seolah jarak di antara kita,
Namun tetap abadi bersama nur di hati,
Tenang di permukaan dan tenang juga di dasarnya,
Tidak ada dengki mahupun iri,
Kau ku tatang sehabis tenaga dan daya,
Mekarlah di baja dengan hatiku yang suci.

Zu ‘De Mafia Mom

No comments: