Tuesday, December 22, 2009

Esok Masih Ada

Malam ini, Zu rasa seronok nak membongkar kertas kertas lama dalam simpanan di laci almari baju. Laci itu Zu simpan kertas kertas lama yang bermakna. Kadang kala memang tak ingat apa yang ada di dalam laci tu. Antara yang akhirnya membuatkan Zu tersenyum ialah beberapa keping kertas lama yang bertaip beberapa puisi yang Zu buat sekitar tahun 1989 hingga 1991. Ini adalah antaranya. Rasanya ini Zu tulis ketika frust senonggeng kot, sebab macam orang putus cinta saja gaya bahasanya. Mungkin lah kot..... Nama samaran yang Zu gunakan untuk puisi budak baru nak naik ketika itu ialah BUNGA TOMATO. Masa tu Zu berusia sekitar 20 tahun. Iaitu hampir 20 tahun yang lampau!

Ketika ini,
tatkala aku keseorangan,
aku di ulit mimpi lagi
mimpi mimpi indah,
juga mimpi mimpi ngeri,
lantas membuatkanku berfikir,
apakah ini takdir dari NYA,
entahlah.....
walaupun berat,
tapi ! Itulah kemungkinannya.

Berdirinya aku di sini,
kini pasrah ke hadrat ILLAHI,
aku sudah tidak gentar,
telahku bulatkan hati,
tekadku tersimpul sudah,
andainya itu kesudahan cerita,
apalagi yang bolehku jangkaukan,
"Hati orang tidak boleh di paksa"
tapi! Ingatlah,
berdirinya aku,
bukan untuk menagih kasih sayangmu,
andainya kerana terpaksa,
berdirinya aku,
adalah untuk menjadikan cerita,
walaupun,
sayang seribu kali sayang,
antara kau dan aku,
berakhir sudah satu episod,
dan apa yang ada kini,
adalah satu realiti kehidupan.

Akanku hadapi dengan tabah,
keranaku pasti,
esok masih ada.

Bahkan,
bunga bukan sekuntum,
kumbang juga bukan seekor.

No comments: