Wednesday, December 23, 2009

Ketawa, Menangis, Meraung Dan Menjerit

Ini juga adalah simpanan lama. Masa itu baru nak belajar menzahirkan puisi. Budak baru belajar. Baru berusia 18 ke 19 tahun. Baru bermain main dengan mata pena. Jadi banyaklah kepincangannya. Menulis mengikut rentak sendiri. Bahasa dan ayat yang sangat straight forward dan sebagainya. Namun, ku punya hati..... punya hati untuk menulis.

Ketawa,
bukan hanya tanda gembira,
menangis,
tidak semata mata kerana berduka,
meraung,
tiada bererti gila,
menjerit,
boleh menyebabkan tekak terasa perit.

Namun,
ketawa, menangis, meraung dan menjerit,
adalah perkara biasa,
lakonan sehari hari,
permainan insani,
semuanya!
Mengandungi makna yang tersendiri.

Akhirannya,
aku pasrah ke hadrat ILLAHI,
yang berkuasa di langit dan di bumi,
juga segala yang tersirat,
yang tidak kita ketahui,
dan yang tidak dapat kita lihat.

No comments: