Wednesday, December 23, 2009

Mimpi?

Masih lagi berkisar puisi lama semasa Zu berusia belasan tahun. Walau ianya satu puisi yang mungkin tiada mutu pada sesetengah pendapat, tetapi tetap Zu banggakan kerana ini nukilan rasa Zu sendiri.

Tatkala ini,
aku duduk termangu,
pandanganku kosong,
renunganku jauh melambai,
punah segala harapan,
dan impian.....

Suatu ketika dahulu,
ketika perjalananku masih punya tapak,
aku menapak penuh kebanggaan,
penuh keazaman,
penuh tekad.....

Kiniku kehilangan punca,
harapan dan cita cita,
yang satu ketika dahulu,
adalah nadi perjalanan hidupku,
aku kembali mencongak congak hari,
kembali mendambarkan hak,
maruah,
harga diri dan,
untung rugi.

Esok,
tiada kepastian,
setelah semalam menjanjikan kehampaan,
kedukaan dan kegagalan,
seharusnya esok,
ku tebus segala kesalahan,
dan kesilapan,
semoga tertera sinar kebahagiaan.....

No comments: